
Alhamdulillah..saya dah mula menulis dengan izinNya. Tak banyak nak diperkatakan., cuma sekadar mengucap salam perkenalan dan selamat datang ke laman blog saya buat semua tetamu..saudara/i amat dialu2kan.
Saya pilih Rojak & Kerabu kerana dari segi bahannya, rupanya, rasanya dan cara membuatnya bermacam2. Ianya juga menjadi salah satu ikon resepi dan masakan rakyat negara kita. Ianya sinonim dengan kehidupan kita. Macam tu juga saya mahu laman blog saya diisi dengan berbagai isu dan cerita yang pelbagai berkait dengan kehidupan seharian dan pengalaman lampau yang boleh dikongsi bersama. Isu atau cerita yang pelbagai kisah pahit, manis, masam dan sebagainya yang mewarnai kehidupan kita yang dianugerahi Nya. Setiap satunya boleh kita bincangkan, berkongsi pendapat atau membuat teguran yang mana boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Saya akan cuba untuk berkongsi kisah hidup seharian, pengalaman dan pandangan terhadap sesuatu isu di laman blog ini. Apa yang saya lalui atau lihat setiap hari juga akan dikemukakan di sini. Selain itu, rakaman foto, berita akhbar, petikan buku serta input2 dari sumber lain akan saya kongsi bersama tetamu laman blog ini. Setiap satunya pasti ada hubung kait dengan kehidupan kita jika kita hayati dan renungi. Mungkin dengan cara ini kita boleh sama2 membuat pemerhatian, pertimbangan dan panduan dalam kita meniti jambatan hidup dunia ini. Manusia yang berjaya di dunia adalah yang menggunakan akalnya. Namun., kadang2 ada yang tak terjangkau oleh akal dek kelemahan kita sendiri. Kerana itu., kita disuruh supaya saling mengingati, berkongsi ilmu dan berpegang kepada ikatan antara satu sama lain.
InsyaAllah.. sama2 kita hayati, nikmati dan syukuri hidup ini.. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan