
Salam..,
Alhamdulillah...lepas makan kerabu soo-hoon tadi dapat idea nak buat posting ni..he he..buat lawak sket. Tapi tak ada cite pasal kerabu atau cara2 nak buat kerabu tu..Saja nak cite pasal gegaran kesan dari kejadian gempa bumi kat Sumatera..
Hari Isnin lepas 19hb. Mei, ramai warga kota termasuk saya sendiri dapat merasai gegaran tersebut lebih kurang pukul 10.30pm. Masa tu saya tengah menikmati mee hoon goreng..bukan rojak atau kerabu. Tengah suap tu rasa macam pening lalat sket., lantai rumah saya rasa macam berayak.. apa hal ni saya fikir. Lebih kurang beberapa saat rasa macam tu., dah ok semula. Terus saya ingat gegaran masa tsunami dulu. Saya mengalami hal yang sama. Tak lama pas tu dapat sms yang 'confirm'kan pasal gegaran tu. Banyak betul kejadian gempa bumi sekarang ni. Terfikir juga., Yakjut dan Makjut tengah korek bumi nak keluar ke.? Sekarang ni dah akhir zaman ni...takut juga bila ingat dunia akan Kiamat. Tapi mungkin itulah salah satu kebaikannya Allah jadikan gempa bumi. Lebih ingat kita pada Allah...
Bila fikir2 pasal gegaran ni., betulkah Malaysia ni selamat dari gegaran atau kejadian gempa bumi? Selamatkah bangunan2 dan rumah kediaman kat Malaysia ni? Berdasarkan apa yang terjadi setahun dua ni..macam kenyatan tu dah tak leh pakai lagi selagi belum dibuat kajian semula oleh pakar2. Walau pun saya tinggal kat tingkat 2 dan bangunan ni tak tinggi sangat..takut tu ada juga. Tengok orang kaya berlumba buat rumah kat lereng2 bukit kat Gombak ni..tak takut ke diorang ni..takut2 pun apa saya boleh buat sekarang ni., berserah sajalah pada Yang Maha Kuasa. Pohon keselamatan dan dijauhi dari malapetaka. Minta dari-Nya semoga dosa kita semua diampunkan. Dan., golongan2 yang berbuat maksiat diberi petunjuk dan hidayah agar kita semua selamat dari kemurkaan Allah s.w.t.
Cakap pasal rumah atau bangunan ni., yang macam mana agaknya boleh tahan gegaran..? Pastinya rumah tu mesti kukuh dan kuat serta ada ciri2 tambahan sebagai persediaan menghadapi gegaran. Macam kat negara Jepun tu..mereka belajar dari kejadian yang berlaku dan menimpa mereka. Fikir lebih sket lagi..rumah ni macam kehidupan kita juga. Macam mana nak buat diri kita ni tahan kepada cabaran yang mendatang. Yang kita tak sangka2. Kita ingat dah cukup kuat jika ada cabaran atau cobaan besar yang datang. Kita rasa iman dah cukup sebab kita solat, puasa dan sebagainya. Tapi betul ke? Boleh tahan ke dengan berbagai ancaman dan cabaran terhadap iman yang ada sekarang ni? Ramai juga yang terikut2 dengan kehidupan sosial sekarang ni. Lebih teruk lagi yang murtad. Setengahnya mak bapak Muslim., dah belajar ugama kat sekolah. Tau baca Quran tapi tewas juga akhirnya.Nak bina diri macam nak bina rumah juga. Mesti ada asas yang kukuh, bahan binaan yang baik dan bermutu dan ikut cara atau peraturan buat bangunan dengan betul. Kalau tak ikut., alamat tak selamat le rumah tu. Tak cukup bahan pula pasti tak siap rumah...tak tau la kurikulum ugama kat sekolah cukup ke tak.
Sebagai seorang Muslim., rukun Islam ibarat ciri2 atau struktur yang membina diri kita. Menjadi hamba-Nya yang benar2 beriman. Tahan kepada sebarang ancaman dan cobaan. Macam rumah mesti ada tapak, tiang dan kerangka, dinding , bumbung, pintu dan sebagainya. Begitu lah rukun Islam yang lima bagaikan struktur2 tersebut yang membentuk diri kita. Bahan2nya adalah ilmu yang kita pelajari dan perolehi dan kita amalkannya. Seumpama bahan2 binaan tadi mesti diperolehi, dicampur dan diadun barulah boleh dibuat binaan lalu terbentuklah rumah kita.
Kalimah syahadah ibarat tapak untuk kita bina diri kita. Tanpa tapak macam mana nak buat rumah? Jadi tapaknya mestilah tempat yang betul dan kita yakin selamat. Hanya ada satu je yang betul dan selamat iaitu Islam. Salah satu maksud 'Islam' ialah 'selamat'. Untuk kukuhkan tapak kita kena 'piling' betul2. Kita mesti tanam dan pacak kukuh dalam hati kita. Tentukan juga sempadan tapak kita tu dan bina pagar sekelilingnya. Sempadannya adalah hukum2 yang Allah tetapkan dan pagar2nya adalah Al-Quran dan Sunnah. Selagi ada perkara tersebut pada diri kita., InsyaAllah tak terkeluar kita dari sempadan tapak kita.Orang lain pun tak leh suka2 atau senang2 je menceroboh tapak rumah kita. Dah betul2 kukuh dan selamat tapak rumah tu., kita teruskan membina.
Dah ada tapak., biasanya tiang dulu akan dibina. Solat adalah tiang agama. Solat juga tanda keimanan kita pada Allah. Solat ibarat tiang dan kerangka yang memberi ciri2 bentuk pada satu2 binaan. Kerana itulah solat yang memberi rupa bentuk bahawa seseorang itu Muslim. Rasanya ramai dah tahu. Tak kukuh tiang ada kemungkinan roboh rumah kita. Tak cukup tiang lagi bahaya.. Jadi solat kita kena kukuh dan cukup. Macamana? Solat kukuh kerana kusyuk, betul cara melakukannyamengikut rukun, betul bacaannya dan lebih2 lagi ada tambahan perkara2 sunat dalamnya. Dari wudhuk lagi kena betul. Macam tiang rumah, dari bancuh simen lagi nak kena betul. Pas tu kena buat betul2., tak leh ada rasa malas atau tak ikhlas ke. Buat sepenuh hati. Buat cincai2 mesti la tak jamin tiang tu kukuh ke tak. Kena betul cara buatnya...rukun2 kena ikut betul2.. Kalau nak kukuh lagi ada bahan2 tambahan dan cantik lagi kalau ada ukiran2 ke...yang ni sunat le. Solat pun kena cukup semua waktu. Kalau setengah2 je., ada buat ada yang tinggal macamana? Tak boleh buat rumah kalau tiang tak cukup...
Dah siap tiang.., kita buat dinding bagi menyokong tiang2 tersebut dan penghadang kepada ancaman dari luar seperti musuh, binatang buas dan sebagainya. Dinding pun mesti kukuh juga. Tak leh biar satu bahagian tak ada dinding. Puasa bagai dinding bagi diri kita yang menyokong dan memperkuatkan lagi tiang2 solat kita. Biasanya bulan puasa kita lebih kusyuk beribadah. Kita juga buat banyak solat sunatdan amalan2 lain. Dengan berpuasa., iman kita lebih kukuh lagi. Macam tiang juga kalau ditambah dengan bahan tambahan dan dihias., lebih cantik dan kukuh dinding tersebut. Tambahlah puasa kita dengan amalan2 yang sunat dan digalakkan. Dan jangan buat sebahagian je...mesti puasa penuh. Kalau tak macam satu bahagian rumah kita tak ada dinding.
Seterusnya kita pasang bumbung rumah kita. Untuk kita berteduh dari panas dan hujan. Untuk lindungi harta kita dari rosak, kotor, usang dan sebagainya. Harta kita boleh tahan lama. Pindah rumah pun boleh bawa sama. Orang lain pun boleh tumpang berteduh bawah bumbung rumah kita. Terserah pada diri kita nak bagi atau tidak. Macam zakat dan sedekah. Zakat yang wajib., sedekah yang digalakkan. Bumbung kalau tambah 'awning' kat setengah tempat lagi selamat harta kita., tak kena tempias hujan. Dalam rumah pun lebih teduh lagi. Zakat dan amal jariah memakmurkan lagi harta2 kita dan jiwa kita. Orang2 yang memerlukan juga mendapat manfaatnya. Pahala zakat dan amal jariah juga kita bawa bersama bila kita kembali kepadaNya...bila kita berpindah ke tempat atau alam seterusnya selepas dunia ini.
Dah siap semua tu., kita pasang pintu sebagai pelengkap dan perlindungan terakhir kita. Tak ada pintu tak selamat rumah kita. Ada pintu pun kadang2 kena pecah juga. Pintu kena kunci betul2 baru selamat. Ada pintu tapi tak berkunci...baik tak yah ada pintu..kan? Ibadat Haji ibarat pintu pada diri kita. Dah kunci pintu., pencuri tak leh masuk lagi.. Biasanya orang yang pergi buat Haji dah tutup diri dia dari benda2 yang tak baik. Bertaubat tak nak buat lagi perkara2 yang dilarang oleh Allah. Itulah penutup kepada segalanya. Masing2 dah kunci betul2 niat dalam hati. Dan biasanya., orang yang Haji mabrur bila lepas buat haji tak mudah lagi diancam dengan godaan atau cobaan yang boleh menggugat keimanan. Cuma perlu berhati2 juga, tak dapat masuk melalui pintu., kadang2 pencuri panjat bumbung. Sebab tu lah semuanya mesti dibina dengan betul ikut caranya dan ada ciri2 tambahan supaya setiap bahagian rumah kita kukuh dan selamat. Sumbernya pun mestilah yang halal dan berkat. Bukan dari yang haram atau salah. Rumah kukuh dan cantik tapi tunggu masa kena tangkap., tak guna juga. Tak aman. Begitulah kita juga., dah cukup semua rukun Islam kita ikuti tapi sumber untuk buat semua tu seperti makan minum atau sedekah dari sumber haram., tak sejahtera juga hidup kita. Di Akhirat besok kena hukum juga.
Akhirnya.., hiasilah diri kita dengan akhlak dan amal perbuatan yang baik. Macam kita hias rumah kita. Kita cat dengan warna yang cantik luar dan dalam. Kita gantung perhiasan dan lukisan. Kita sediakan perabut yang cantik dan bagus., orang datang dan duduk pun selesa. Lebih hebat lagi kita bina taman2 sampai keluar pagar rumah kita. Orang lain pun rasa kedamaiannya. Kalau rumah kukuh dan selamat tapi tak bercat, perabut tak ada, keliling pagar semak samun.., apa orang kata agaknya....
Satu lagi., bila lebih banyak tingkat atau lebih tinggi rumah tu melambangkan kedudukan orang tu. Ada orang terus buat rumah bertingkat kerana kemampuannya. Ada juga yang dari satu masa ke satu masa buat tambahan pada rumahnya. Begitulah juga kita bina diri kita. Yang berilmu dan banyak amalnya terus ke tingkat yang tinggi. Setengah dari kita terus mempertingkatkan diri. Dan.., ada juga yang tergadai rumahnya atau hilang rumahnya.. musnah akibat tak tahan gegaran. Nauzubillah...
Ok lah., dah panjang ni. Jarang orang baru buat posting panjang2 ni. Kira ok juga kerabu soo-hoon ni...jadi ada idea lak. Apa pun yang baik dari Allah dan mana yang tersilap tu dari kelemahan saya sendiri. Macam saya cakap sebelum ni., saya sedia terima teguran dan pandangan dari saudara/ri. Sama2 kita berkongsi ilmu dan maklumat, saling berpesan dan mendapat manfaat. Kita guna akal kita untuk berfikir pada setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku serta apa yang menjadi lumrah hidup. Allah kurniakan akal untuk kita berfikir dan sentiasa mempersiapkan diri kita. Semoga kita sama2 mendapat berkat dari-Nya. Pencipta kita. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita bina diri kita kerana Dia yang mencipta kita. Wassalam...
1 ulasan:
penangan kerabu soo-hoon? masakan sapalah agaknya tu ek? ;)
Catat Ulasan